Ahli Parlimen DAP Diarah Keluar Dari Dewan, Digantung 5 Hari

KUALA LUMPUR: Lim Lip Eng (Kepong-PH) diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung selama 5 hari kerana mempersoalkan keputusan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said semalam.

YDP Azhar Azizan Harun mengarahkan demikian selepas wakil rakyat DAP itu menyifatkan keputusan terhadap kenyataan Tiong King Sing (GPS-Bintulu) terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebagai keputusan “bodoh”.

Beliau juga menuduh Azhar bersekongkol dengan Bintulu untuk menghina barisan depan, menyebabkan Azhar mengarahkan beliau keluar Dewan dan menggantungnya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1442