3 Kluster Baharu Dikesan Di Sabah Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 3 lagi kluster baharu Covid-19 di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan Kluster Karamunting dikesan di Sandakan, Kluster Saga dikesan di Kota Kinabalu, dan Kluster Haven dikesan di Lahad Datu.

Hisham melaporkan bagi Kluster Karamunting, sejumlah 30 individu disaring, 21 kes dikesan positif (6 kes baharu) dan 9 individu negatif.

Bagi Kluster Saga sejumlah 56 individu disaring, 9 kes dikesan positif (5 kes baharu) dan 47 individu masih menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Haven sejumlah 140 individu disaring, 11 kes dikesan positif (1 kes baharu), 112 individu negatif dan 17 masih menunggu keputusan.”

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2147