Bukan Penerima BPN Tetapi Layak Terima Bantuan Diminta Segera Mohon BPN 2.0 – LHDN

PUTRAJAYA, 9 Nov : Orang ramai yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat-syarat kelayakan diminta membuat permohonan BPN 2.0 segera selewat-lewatnya 15 Nov ini.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan tersebut boleh dibuat secara atas talian menerusi https://bpn.hasil.gov.my atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

“Seperti yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini, BPN 2.0 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

“Bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada Januari 2021,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Syarat-syarat permohonan serta soalan-soalan lazim (FAQ) boleh dimuat turun melalui pautan ini.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan boleh diajukan melalui Hasil Care Line di talian o3-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara), HASIL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: LHDN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *