Boleh Mohon BPN 2.0 Sehingga 15 November

KUALA LUMPUR: Tarikh akhir membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sehingga Ahad ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan supaya memohon segera, selewat-lewatnya sehingga 15 November ini.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan.

“BPN 2.0 adalah di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada Januari 2021.

Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3685