Pengeluaran Akaun 1 KWSP Bermanfaat Bantu Golongan Terjejas

KUALA LUMPUR: Kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar yang diumumkan kerajaan disifatkan sebagai langkah terbaik membantu golongan terjejas dalam menampung perbelanjaan isi rumah.

Penganalisis Ekonomi, Sekolah Perniagaan Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengumuman itu disambut baik kerana ketika ini mereka yang menghadapi kesempitan kewangan akan dapat membantu golongan itu menambah sumber pendapatan.

Menurutnya, ia akan dapat menampung perbelanjaan bulanan mereka melalui pengeluaran KWSP daripada Akaun 1.

“Kita tidak mahu diberi pemberian secara one off (sekali bayar) yang hanya menyebabkan perancangan kewangan jadi tidak teratur, sebaliknya jika menerima secara bulanan penerima akan lebih berdisiplin mengatur perbelanjaan bulanan.

“Saya juga bersetuju KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk beli produk perlindungan insurans, takaful hayat serta penyakit kritikal kerana dalam situasi pandemik Covid-19, isu kesihatan amat penting,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmed Razman berkata, pembelian produk perlindungan insurans, takaful hayat serta penyakit kritikal amat penting bagi mereka yang tidak mampu membeli produk perlindungan insurans, justeru mereka boleh berbuat demikian melalui simpanan KWSP.

“Selain itu, pengurangan caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 juga langkah yang dapat membantu menambah pendapatan pekerja kerana inisiatif ini juga pernah dibuat sebelum ini dan membolehkan RM700 juta disampaikan kepada pekerja.

“Jadi apabila diumumkan lagi ia akan menambah lagi pendapatan pekerja,” katanya

Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *