COVID-19: Seorang Pegawai Bomba Sabah Meninggal Dunia

gambar hiasan

KOTA KINABALU: Ketua Cawangan Operasi Kebombaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, 9.15 pagi tadi.

Difahamkan allahyarham yang berhadapan masalah jantung dan asma menjalani ujian saringan COVID-19 bersama 15 anggota bomba yang lain pada 16 Oktober lalu.

Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata kumpulan itu seterusnya menjalani kuarantin di HQE I sebelum allahyarham meninggal dunia, manakala 15 yang sembuh.

“Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala, Papar, petang ini.

” Pemergiannya kehilangan besar bagi JBPM Sabah, allahyarham adalah pegawai yang sangat komited, dan berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya ketika dihubungi BH.

Difahamkan, allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

22177