14 Individu Lepas ‘Gian’ Di Kelab Malam Mewah Dikompaun

Antara individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKPB di Asia City, Kota Kinabalu. Foto Juwan Riduan

KOTA KINABALU:  Seramai 14 individu yang gian berhibur sambil minum minuman keras dikompaun selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kelab malam mewah di Asia City di sini, malam tadi.

Dalam operasi jam 11.30 malam itu, operasi dilakukan pasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menjalankan pemantauan Op Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, 11 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 23 hingga 56 tahun ditahan selepas didapati ingkar terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Mereka yang dikenakan kompaun melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8), Peraturan 10 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 11 dan dikenakan kompaun.

“Operasi ini dijalankan berikutan kerajaan masih melaksanakan PKPB dan masyarakat hendaklah mematuhi sebarang SOP yang dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Habibi berkata, tahap pematuhan masyarakat terhadap SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah penentu kejayaan PKPB.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰Â https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *