Vitamin C Tidak Merawat Demam, Selsema – Kajian Pakar

Ramai yang anggap kononnya vitamin C dapat merawat demam dan selsema.

Namun demikian, tegas Dr Magaret Sivapragasam, ia tidak benar sama sekali.

“Vitamin C (askorbik asid) adalah nutrien yang larut dalam air dan diketahui mengandungi sifat antioksida yang tinggi.

“Antioksida adalah bahan yang melindungi sel badan daripada patogen dan radikal bebas di mana bahan ini adalah molekul yang boleh merosakkan sel badan dan memberi kesan kepada fungsi sel dan tisu badan,” kata Dr Magaret melalui Facebooknya.

Oleh kerana badan tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendirinya ia perlu mendapatkan vitamin C melalui diet pemakanan atau pengambilan nutrisi tambahan.

Buah-buahan dan sayuran yang pelbagai warna seperti buahan beri, tomato, sayuran hijau, brussels sprouts dan cili benggala mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi.

Buah-buahan dan sayur-sayuran itu boleh dinikmati secara mentah atau dimasak tetapi perlu diingatkan nutrien vitamin C akan hilang apabila dimasak atau disimpan terlalu lama.

“Vitamin C amat dikenali tentang kebaikan untuk kesihatan terutamanya dalam menguatkan imunisasi badan. Ia juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka, melindungi sel badan dan menghasilkan kolagen di dalam badan.

“Ia perlu diambil sebagai keperluan harian untuk mendapatkan kesan yang baik secara menyeluruh,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, ia tidaklah dapat mencegah diri daripada terkena demam dan selesema.

“Tetapi, terdapat penemuan tentang pengambilan Vitamin C dalam dos yang tinggi dapat mengurangkan simptom demam selsema kepada 1.5 hari untuk sesetengah orang,” jelasnya.

Selain itu,terdapat juga kajian yang mengatakan pengambilan nutrien Vitamin C semasa demam selesema dapat mengurangkan tempoh yang dialami sehingga 8 peratus untuk dewasa dan 14 peratus untuk kanak-kanak.

“Secara amnya vitamin C tidaklah dapat merawat penyakit demam dan selesema,” tagasnya.

Dalam kajian tentang keberkesanannya melawan virus demam selesema, vitamin C terbukti tidak dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti tetapi ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Tambah beliau lagi, vitamin C adalah nutrien larut dalam yang mana lebihan pengambilan tidaklah diserap di dalam badan tetapi disingkirkan melalui proses urinisasi.

“Mengambilnya secara berlebihan tidaklah menyebabkan ia disimpan di dalam badan,” katanya. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *