Covid-19: Tiada Kematian, Kes Baharu Menurun Kepada 352 Kes Di Sabah

KOTA KINABALU: Setelah hampir setiap hari merekodkan kes kematian akibat Covid-19 bermula sejak awal Oktober, tiada sebarang kes kematian dilaporkan di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif baharu juga menurun kepada 649 kes, termasuk tujuh kes import.

Untuk Sabah, sebanyak 352 kes baharu dilaporkan, dengan dua kluster baharu.

Dua kluster baharu itu adalah kluster Sakti, Lahad Datu yang melaporkan tujuh kes baharu; dan kluster Tuguson, Kota Belud yang mempunyai empat kes baharu.

Sementara, 17 kes baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tambahan kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 30,090 kes. Sebanyak 10,087 kes aktif dengan 106 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, kes pulih yang dilaporkan hari ini adalah 685 kes, dengan bilangan kumulatif sebanyak 19,757 kes.

Kes kematian di Malaysia kekal dengan 246 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1295