3,957 Malim Gunung, Pemandu Pelancong, Dive Master Terima Bantuan RM300 ‘One-Off’

KOTA KINABALU: Seramai 3,957 orang penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat penularan Covid-19 akan menerima bantuan secara one-off berjumlah RM300.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, menerusi Bantuan Prihatin Covid-19, sejumlah RM300 akan diberikan kepada malim gunung, porter, pemandu pelancong, divemaster dan penggiat seni bagi meringankan beban selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat penularan Covid-19.

Beliau berkata, kerajaan negeri semalam telah meluluskan penambahan peruntukan Bantuan Prihatin Covid-19 berjumlah RM160 juta.

Katanya,  daripada jumlah itu, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menerima lebih RM1 juta.

Beliah berkata demikian dalam satu perjumpaan bersama Ahli Lembaga Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) serta wakil daripada Persatuan Malim Gunung dan juga porter.

Turut hadir, Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim, Pengerusi Malim Gunung Kinabalu Danson Bulangai, Pengerusi Persatuan Porter, David Simpat dan bebeberapa ketua jabatan lain.

Antara perkara yang turut dibincangkan termasuk kebajikan kakitangan dan staf di bawah TTS serta usaha untuk menaik taraf  infrastruktur pelancongan di negeri Sabah yang mampu menandingi sektor pelancongan antaabangsa.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar semua yang terjejas untuk terus tabah dalam menghadapi krisis pandemik  Covid-19 dan mengambil peluang ini untuk memperbaiki semua tempat pelancongan yang ada sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong kelak.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *