TERKINI: 835 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 830 Adalah Kes Tempatan Dan 2 Kes Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 835 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 setakat Selasa (27 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 9,903 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 835 kes positif, terdapat lima (5) kes import di yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 674 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 18,499.

Sehingga kini, terdapat 89 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat dua (2) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 238 orang.

Sumber: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *