Dua Kluster Baharu Covid-19 Di Sabah, Labuan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, merekodkan dua kluster baharu berkaitan Covid-19 di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Lintas dilaporkan di Kota Kinabalu, Sabah.

“Sebanyak enam kes bagi kluster ini dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja semalam dan semua kes dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

“Setakat 12 tengah hari hari ini, sejumlah 21 individu disaring membabitkan enam positif dan 15 negatif,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini..

Sementara itu, Noor Hisham berkata, Kluster Limbungan yang dikenal pasti di Labuan pula membabitkan 20 individu dikesan positif Covid-19.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-18,741) didapati positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 15 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 19 lagi kes positif hari ini dan semua kes dimasukkan ke Hospital Labuan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini seramai 383 individu menjalani ujian saringan termasuk 20 positif manakala 44 negatif dan 319 masih menunggu keputusan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *