Permohonan Baharu BPN 2.0 Dibuka Hingga 15 November

KUALA LUMPUR: Permohonan baharu bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 masih dibuka sehingga 15 November ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi permohonan yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

“Secara keseluruhannya, BPN 2.0 dijangka meringankan beban 7.5 juta

penerima bujang dan isi rumah B40, serta 3.1 juta penerima M40, menjadikan

keseluruhannya 10.6 juta penerima yang boleh memanfaatkan bantuan ini.

“InsyaAllah, penyaluran bayaran akan selesai menjelang hujung bulan ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana ke-27 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di laman Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh membuat pengeluaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020.

“Terdapat juga lebih kurang 6,000 penerima yang didapati gagal kredit

membabitkan RM2.71 juta dan mereka boleh membuat pengeluaran BPN2.0 mulai

minggu kedua November 2020.

“Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan telah memulakan proses penyaluran bantuan lebih awal daripada dijadualkan.

Bayaran BPN 2.0 fasa pertama pada mulanya dijangka bermula pada 26 Oktober, namun telah mula disalurkan sejak 19 Oktober lalu.

Katanya, ia adalah hasil usaha pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan institusi kewangan yang memastikan sistem pembayaran tersedia dengan segera.

Setakat 26 Oktober, sejumlah RM3.6 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih7.32 juta penerima.

Ini merangkumi 6.27 juta penerima daripada kategori B40 dan 1.05 juta penerima daripada kategori M40. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *