Penjara Kepayan Disanitasi

Pasukan Hazmat bersiap sedia melakukan sansitasi di Jabatan Penjara Sabah, Kota Kinabalu. Gambar Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Seramai 24 anggota Bomba dan Penyelamat dari Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) menjalankan sanitasi awam di Jabatan Penjara Sabah di Penjara Kepayan, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon I Kota Kinabalu Penguasa Kanan Bomba Hamsa Isnurdini berkata, operasi sanitasi awam itu dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) kota Kinabalu termasuk pasukan Hazmat, jam 9.40 pagi.

Katanya, operasi sanitasi membabitkan tiga kawasan dengan menggunakan cecair sodium hypoclorite untuk membasmi kuman.

“Antara kawasan yang dijalankan sanitasi awam iaitu Ibu Pejabat Penjara, penjara wanita dan lelaki.

“Setakat ini, operasi sanitasi berkenaan masih giat dilakukan sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Hamsa berkata, operasi sanitasi awam akan turut dilakukan di kuarters penjara.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Penjara Kepayan 21 Oktober lalu dan sehingga semalam sebanyak 439 kes penularan Covid-19 daripada Kluster Penjara Kepayan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *