Pasar Ikan Dan Pasar Besar Kota Kinabalu Ditutup Bermula Esok

KOTA KINABALU: Pasar Besar dan Pasar Ikan Kota Kinabalu ditutup selama dua hari bermula esok hingga 30 Oktober bagi melaksana kerja-kerja pensanitasi awam atau disinfeksi.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman menerusi satu notis memaklumkan mengenai penutupan kedua-dua pasar itu bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dilakukan.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Pasar Besar dan Pasar Ikan Kota Kinabalu dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *