PKPD 6 Kampung Di Semporna, Kunak Disambung

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam buah kampung di daerah Semporna dan Kunak akan disambung hingga 6 November ini.

Ia adalah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Selamat, Kampung Simunul, Kampung Pinggir Bandar di Semporna dan Kampung Pengkalan di Kunak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di enam kampung itu akan berakhir pada Sabtu ini namun berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM), ia disambung untuk tempoh dua minggu lagi.

“Lanjutan ini adalah membolehkan saringan kedua dilakukan KKM terhadap penduduk di perkampungan itu,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1708