Covid-19: Sabah Catat 9,290 Kes Sehingga Kini

KOTA KINABALU: Pertambahan kes positif baharu yang tinggi di Sabah setiap hari menjadikan bilangan kes di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 9,290 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, 5,513 kes aktif yang sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.

Untuk hari ini, daerah Nabawan mencatatkan satu kes positif baharu hari ini dan menjadikan daerah itu kini berada dalam zon kuning.

Dengan itu, zon hijau yang berada di Sabah ketika ini hanya daerah Tongod, yang belum mencatatkan sebarang kes positif baharu.

Sebanyak 21 daerah melaporkan kes positif baharu hari ini, manakala lima daerah lain tidak mencatatkan sebarang tambahan kes baharu.

Daripada 535 kes positif baharu yang dilaporkan di Sabah, Lahad Datu mencatatkan kes tertinggi dengan 115 kes. Peningkatan kes di Lahad Datu ini susulan sampel ujian tertunggak yang telah diperoleh.

Turut mencatatkan kes yang tinggi adalah Kota Kinabalu (90), Tawau (83), Tuaran (49) dan  Sandakan (35).

Daerah lain yang mencatatkan kes positif baharu adalah Papar (31), Kudat (30), Putatan (30), Semporna (26), Peenampang (21) dan masing-masing empat kes di Kunak, Kota Belud dan Kinabatangan.

Sementara, Keningau (3) dan dua kes di Sipitang, Kota Marudu dan Pitas. Manakala, satu kes masing-masing di Ranau, Tambunan, Kuala Penyu.

Tiga kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu kluster Basung (26) dan kluster Inai (13), Kudat serta kluster Tempayan (19) di Penampang.

Di Sabah, lima lagi kematian dilaporkan hari ini, dengan tiga kematian di Sandakan dan masing-masing satu kematian di Semporna dan Kota Kinabalu. Bilangan kumulatif kes kematian di Sabah meningkat kepada 72 kes.

Manakala, bilangan keseluruhan kes yang telah pulih adalah sebanyak 3,705 kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1213