COVID-19: 701 Kes Sembuh, Tertinggi Sejak Pandemik Landa Negara

(Gambar fail – hiasan) Petugas barisan hadapan di hospital. 

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 701 kes sembuh daripada wabak COVID-19, hari ini, iaitu tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sepenuhnya daripada virus itu mencecah 13,262 kes (64.7 peratus).

“Pecahan kes pulih itu mengikut negeri ialah Kedah (411), Sabah (221), Selangor (64), Negeri Sembilan (dua), Johor (dua) dan Sarawak (satu),” katanya pada sidang media, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

786