Lagi Pasukan, Aset Hospital Medan Diterbangkan Ke Tawau

TAWAU; 17 OKTOBER 2020 (Sabtu) – Beberapa lagi pasukan dan aset Hospital Medan diterbangkan dari Subang ke Tawau menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Airbus 400, pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Hospital Medan berkenaan akan digunakan bagi merawat pesakit bukan COVID-19 khususnya untuk Perkhidmatan Perubatan Am, Pembedahan Am, Obstetrics & Gynaecology, Orthopaedic dan Paediatric.

Hospital Medan berkenaan yang sedang giat dibangunkan di Kompleks Sukan itu diaktifkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dijadualkan beroperasi 20 oktober ini.Katanya, dengan pembukaan Hospital Medan berkenaan yang menempatkan 100 buah katil akan membolehkan Hospital Tawau memberikan tumpuan sepenuhnya bagi merawat pesakit COVID-19.

Terdahulu, Komander Hospital Medan Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad menyatakan seramai 36 petugas kesihatan ATM terdiri daripada empat pegawai serta 32 anggota lain-lain pangkat tiba di Tawau khamis lepas.

Menurut beliau, Hospital Medan berkenaan menerima ketibaan pertama pasukan perubatan daripada Batalion Pertama Perubatan yang berpangkalan di Kuching dan Kota Kinabalu serta elemen sokongan perubatan dari Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu.

Jelasnya, kehadiran petugas kesihatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) dari Kuching dan Kota Kinabalu ini adalah bagi membantu Hospital Tawau dalam menangani pandemik COVID-19.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *