Lelaki Didakwa Rogol Anak Saudara Berusia Tujuh Tahun Di Ladang Kelapa Sawit

gambar hiasan

KOTA KINABALU: Seorang petani berusia 42 tahun didakwa merogol anak saudaranya yang berumur 7 tahun dan 11 bulan.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Sesyen dan pengakuannya direkodkan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Ketika pengakuan diambil, lelaki berkenaan mengaku bersalah atas tuduhan itu, walau bagaimanapun hukumannya ditangguhkan hakim ke 13 November tahun ini.

Dia dituduh merogol anak saudaranya itu pada tengah hari pada 30 September tahun ini di sebuah ladang kelapa sawit di Kota Marudu.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebat sekurang-kurangnya 10 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu direman sementara menunggu tarikh terbabit.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry meminta penangguhan hukuman kerana beberapa dokumen masih belum lengkap.

Pihak pendakwaan juga membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili memberitahu mahkamah bahawa tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang datang ke mahkamah.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3267