ADUN Kunak Norazlinah Positif Covid-19

Norazlinah Arif

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6772