![](https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_webp,q_glossy,ret_img,w_731,h_446/https://www.sabahpost.net/wp-content/uploads/2020/03/covid-17.jpg)
PUTRAJAYA, 14 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat ke 17,540 kes.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya enam (6) kes merupakan kes import.
Sebanyak 654 kes adalah penularan tempatan dengan 608 daripadanya adalah warganegara dan 46 lagi bukan warganegara. Manakala 6 kes merupakan kes import.
Sementara itu, terdapat 233 kes pulih dilaporkan hari ini dan empat kes kematian dicatatkan.
Maklumat lanjut menyusul…
Terkini. 14 Okt. Sebanyak 660 kes baharu #COVID19 hari ini iaitu 654 tempatan, 6 import.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 14, 2020
Seramai2⃣3⃣3⃣ pesakit telah pulih dan discaj.
Sabah (429), Kedah (113), Selangor (68), P.Pinang (17), KL (12) dan lain-lain negeri.
1 kluster baharu, 4 lagi kematian di Sabah.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost