Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Saya, Agong Akan Jumpa Ketua Parti, Kata Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, Yang di-Pertuan Agong akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Presiden PKR itu berkata, beliau menerima sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya itu terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.

“Sepertimana yang saya janjikan, saya sudah tunaikan hari ini dengan mempersembahkan kepada Agong dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan ahli Parlimen yang menyokong saya.

“Saya pohon pihak-pihak memberikan ruang untuk Agong menjalankan tanggungjawab mentelaah dokuman dan memanggil ketua parti, mengesahkan dan mendapatkan imput sebaiknya,” katanya dalam sidang media hari ini. – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1683