Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh, Kata Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Anwar berkata demikian melalui satu sidang akhbar khas sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perjumpaan bersama Yang di Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya ingin maklumkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah tumbang.

“Apa yang boleh saya katakan sokongan (ahli-ahli parlimen) melebihi 120,” katanya ketika di tanya sebentar tadi.

Awal pagi tadi Anwar telah selesai mengadap YDP Agong di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Beliau yang tiba dengan kereta berwarna hitam, di lihat memasuki Istana Negara pada 10.25 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6724