Anwar Tiba Di Istana Negara

Kenderaan dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki perkarangan Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Kuala Lumpur: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 10.25 pagi.

Beliau dilihat hadir dengan menaiki kereta Jaguar berwarna hitam masuk ke Istana Negara melalui pintu 2.

Turut kelihatan sebuah lagi kenderaan Volkswagen berwarna hitam yang mengiringi kereta Jaguar dinaiki Anwar.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan lebih 50 pengamal media dari dalam dan luar negara berada di luar perkarangan pintu 2 Istana Negara bagi menunggu Anwar seawal 8 pagi.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi mendapati tiada penyokong PKR dilihat berkumpul di luar Istana Negara seperti saranan Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya, semalam.

Turut kelihatan beberapa anggota polis yang bertugas membuat kawalan di pintu 2 Istana Negara.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1080