4 Warga Asing Lolos Dari PTS Ditahan Semula

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuasi. - Foto NSTP/ ABDUL RAHEMANG TAIMING
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuasi. – Foto NSTP/ ABDUL RAHEMANG TAIMING

TAWAU: Empat tahanan warga Filipina dan Indonesia yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara di sini, awal pagi Jumaat, diberkas semula.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata tiga suspek masing-masing ditahan antara jam 10 pagi hingga 10.30 malam tadi.

“Ketiga-tiga suspek ditahan ketika bersembunyi di tiga lokasi berasingan sekitar daerah ini, iaitu di rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas.

“Seorang lagi suspek berusia 49, ditahan ketika bersembunyi di kawasan berhampiran ladang sawit di Gudang 4, dekat sini, kira-kira jam 8.15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Peter berkata, polis masih memburu tiga lagi tahanan yang bebas.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, 14 tahanan memanjat pagar belakang, sebelum meloloskan diri.

Tujuh suspek berjaya ditahan semula oleh anggota bertugas. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1809