Majlis Angkat Sumpah Kabinet Sabah Pagi Ini

Tinjauan keadaan di pintu masuk utama ke Istana Negeri di Kota Kinabalu. – NSTP/Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah Jawatan Ahli Jemaah Menteri dan Pembantu Menteri Negeri Sabah dijadualkan berlangsung di Istana Negeri, di sini mulai jam 9.55 pagi.

Majlis itu bakal berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada 29 September lalu.

Ia disusuli majlis angkat sumpah membabitkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga ADUN Tambunan, Datuk Dr Jeffry Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3395