Ketua Menteri Sabah Jalani Kuarantin Kendiri

Datuk Seri Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil keputusan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela.

Perkara terbabit disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Ketua Menteri menjalani kuarantin kendiri selepas beliau terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.

“Walau bagaimanapun, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, jumlah kes Covid-19 di Sabah mencatatkan sebanyak 282 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negeri ini kepada 3,020 kes. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *