691 Kes Baharu Covid-19, 4 Kematian Dicatat Hari Ini

PUTRAJAYA: Kes positif COVID-19 terus meningkat hari ini kepada 691 kes, jumlah tertinggi setakat ini.

Daripada jumlah itu, 394 kes dikesan dalam Kluster Tembok yang membabitkan satu penjara di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes baharu itu membabitkan 688 kes penularan tempatan dan tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 13,504 kes dengan kes aktif dan kebolehjangkitan 2,936 kes.

“Kes di penjara di Kedah itu meliputi 57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya dalam sidang media COVID-19 yang disiarkan secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan, di sini hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1264