Dua Tanah Runtuh Di Jalan Ranau – KK

KOTA KINABALU: Dua kejadian tanah runtuh di daerah Ranau dilaporkan dan pihak Jabatan Kerja Raya sedang giat membuat pembersihan jalan.

Insiden ini sekaligus menyebabkan dua laluan Jalan Persekutuan berkenaan tidak dapat dilalui sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

Dua jalan tersebut di Laluan 22, Jalan Kota Kinabalu – Sandakan membabitkan jalan berhampiran Taman Kinabalu, Kilometer 88.20 dan jalan berhampiran simpang ke Bundu Tuhan di Kilometer 86. Tanah runtuh di dua kawasan ini dalam 20 dan 50 – meter.

Ketika dihubungi wartawan RTM di Kota Kinabalu, Pengarah JKR, Datuk Insenyur Richard Jomiji Kinsil memaklumkan laporan awal yang diterima JKR.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku sekitar 10:30 – 11:00-pagi tadi. Ketika ini, kedua-dua laluan berhampiran kawasan yang terlibat tidak dapat dilalui.

Konsesi-konsesi JKR yang bertanggungjawab juga berada di lokasi kejadian memantau kerja-kerja pembersihan tersebut.

Sumber /Foto : Pengarah JKR Sabah – Datuk Insenyur Richard Jomiji Kinsil
.
Kredit: BERITA RTM SABAH

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1735