6 Individu Dikompaun Main Snuker Tak Patuh SOP

Enam lelaki dikompaun kerana ingkar PKPP ketika bermain snuker.

BEAUFORT: Enam lelaki termasuk penjaga premis snuker, di sini, dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Semua mereka berusia lingkungan 15 hingga 53 tahun ditahan pasukan pemantauan penguatkuasaan Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pasukan polis yang menjalankan pemeriksaan di kedai berkenaan mendapati lima pelanggan tidak menulis nama dan mengambil bacaan suhu ketika masuk ke dalam premis itu.

“Selain itu, penjaga premis turut didapati melakukan kesalahan kerana gagal memastikan pelanggan premisnya mematuhi SOP dan peraturan memasuki premis ketika tempoh PKPP.

“Semua suspek kemudian dibawa ke IPD Beaufort untuk tujuan kompaun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kesalahan disiasat mengikut Peraturan 11(1) dan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *