130 Kes Baharu COVID-19 Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan pertambahan sebanyak 130 kes baharu positif COVID-19 daripada 432 kes di seluruh negara pada 5 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, jumlah berkenaan menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Sabah sebanyak 2,519 kes.

Menurutnya, jumlah kematian seluruh negara masih kekal sebanyak 137 kes manakala seramai 32 pesakit menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum ini, Lima daerah di Sabah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Kota Kinabalu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *