Shafie Beri Penghormatan Terakhir

Mohd Shafie memberi penghormatan terakhir untuk Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong di di Taman Antarabangsa, Likas.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia 2 Oktober lalu di Taman Antarabangsa, Likas, hari ini.

Shafie tiba di kediaman keluarga Liew pada 11.50 pagi ditemani isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Beliau berkata, pemergian Liew adalah kehilangan besar bukan sahaja untuk Sabah, tetapi seluruh Malaysia.

“Kita ucapkan takziah kepada Datin Dr Lindai Lee dan keluarga atas pemergian pejuang kita dalam Warisan dan kini kita kehilangan pemimpin yang banyak berjasa.

“Saya berharap rakyat Sabah sentiasa bergabung tenaga berusaha memastikan apa telah dihajati mendiang dapat diteruskan.

“Saya berharap rakyat di parlimen Batu Sapi akan memberi sokongan padu kepada Warisan. Teruskan penyatuan rakyat kita dan perjuangan kita,” katanya.

Turut hadir dalam sesi penghormatan terakhir itu adalah Ketua PKR Sabah, Datuk Christina Liew; Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking; Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong; Bendahari Agung, Terrence Siambun; Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman dan Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis.

Liew menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles, Kota Kinabalu pada 11.50 pagi, 2 Oktober lalu.

Liew yang juga anak jati Kota Belud itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum (PRU-14).

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan empat anak. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *