Hanya Seorang Dalam Kenderaan Dalam Satu-Satu Masa

ACP Peter Anak Umbuas

PKPDB – HANYA SEORANG WAKIL KELUARGA DIBENAR KELUAR MENDAPATKAN BEKALAN MAKANAN SATU-SATU MASA

TAWAU; 04 OKTOBER 2020 (Ahad): Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah termasuk Tawau di Sabah sehingga 12 Oktober depan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan hanya seorang ketua keluarga sahaja dibenar keluar dari rumah dalam satu-satu masa bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas meminta orang ramai di daerah ini agar patuh Standard Operating Procedure (SOP) dikeluarkan kerajaan sepanjang tempoh PKPDB dilaksanakan.

Beliau berkata, bagi kenderaan Perdagangan, mereka boleh beroperasi mengikut kelulusan pada lesen berkaitan.

Jelasnya lagi, menerusi sebaran panduan SOP dikeluarkan pihak MKN itu, antara perkara lain yang ditekankan iaitu hanya perniagaan perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan.

Selain itu, bagi perniagaan restoran, kedai runcit dan kedai serbaneka dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM. Sementara itu, beliau berkata pembelian makanan hanya dibenarkan menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take away sahaja.

Jelasnya lagi, MKN turut menetapkan SOP bagi Pasar Harian hanya dibenar beroperasi antara jam 6 pagi hingga 2 petang dan pasar-pasar lain seperti Pasar Tamu, Pasar Malam, Pasar Tani dan Pasar Borong masih tidak dibenarkan beroperasi.Bagi Klinik dan Hospital Kerajaan dan Swasta dibenarkan beroperasi 24-jam.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

17371