Amaran Cuaca Peringkat Waspada Di Sabah Hingga Esok

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah hari ini dan esok.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan tersebut diramal melanda kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau.

“Hujan lebat turut melanda kawasan pantai barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, dan kawasan Kudat merangkumi Kota Marudu.

“Di Labuan, keadaan itu diramal berlaku mulai esok hingga Selasa,” demikian menurut  kenyataan itu.

Hujan lebat juga diramal melanda Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mulai Rabu hingga Jumaat depan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *