Covid-19: Kota Kinabalu Berada Dalam Zon Merah

KOTA KINABALU: Daerah Semporna dan Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu Covid-19 yang tertinggi daripada keseluruhan 155 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Penambahan 155 kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes Covid-19 di Sabah mencecah 2,263 kes dengan 1,132 kes aktif.

Daripada 155 kes baharu, 54 kes dilaporkan di Semporna, dengan satu kematian melibatkan lelaki berusia 57 tahun di Hospital Semporna.

Manakala, 45 kes dilaporkan dilaporkan di Kota Kinabalu. Penambahan kes baharu di Kota Kinabalu itu menjadikan daerah ini diisytiharkan sebagai zon merah dengan 128 kes aktif.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata demikian dalam satu kenyataan dalam Facebook pagenya.

Beliau memaklumkan setakat semalam, lima daerah di Sabah berada dalam zon merah dengan kes aktif melebihi 41 kes. Selain Kota Kinabalu dan Semporna, Tawau turut mencatatkan kes aktif yang tinggi iaitu 365 kes; Kunak (134); Lahad Datu (98).

Kes aktif Covid-19 turut dicatatkan di Penampang (32); Papar (25); Sandakan (25); Putatan (14); Ranau (11); Kinabatangan (10); Sipitang (7); Tuaran (7); Tongod (5); Pitas (5); Telupid (4); Beaufort (2) dan masing-masing satu kes aktif di Kota Belud, Kudat, Keningau, Kota Marudu.

Sementara lima daerah tidak mencatatkan sebarang kes aktif iaitu Beluran,Nabawan, Tambunan, Tenom dan Kuala Penyu.

Tambahnya, sehingga kini 13 kluster dilaporkan di Sabah iaitu kluster Benteng LD dengan 943 kes kumulatif; Bangau-Bangau (380); Laut (105); Pulau (50); Selamat (25); Bakau (18); Kg Sakong (10); Joo Hwa (9); Buang Sayang (7): Kuarters (7); Udin (3); Jalan Bomba (3) dan Jalan Utara (2).- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *