Ayah Temui Anak Lemas Ketika Keluar Memukat Ikan

Gambar Hiasan

BELURAN: Seorang lelaki tempatan terkejut apabila menemui anak lelaki terapung di atas air di kebun sawit Kampung Liningkung Telupid, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata dua beranak ini telah pergi ke tempat kejadian bagi memukat ikan.

KASIM MUDA
KASIM MUDA

Beliau berkata bapa mangsa berumur 69 tahun telah meninggalkan seketika anak lelakinya itu untuk pergi ke kereta dan sekembalinya semula telah mendapati anak lelakinya terapung di atas air.

“Bapa mangsa kemudiannya membawa mangsa berumur 35 tahun ke Klinik Kesihatan Telupid untuk rawatan lanjut dan mendapati anaknya telah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Kasim berkata melalui rekod kesihatan di mana mangsa merupakan seorang penghidap penyakit sawan.

“Siasatan pihak polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Ducsess Of Kent untuk dibedah siasat.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Telupid telah menjalankan pemeriksaan saringan COVID-19 terhadap mangsa dan mendapati keputusan adalah negatif,” katanya.

Kasim berkata pihak polis percaya mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1006