Tawau Catat Kes Kematian Baharu & 10 Positif Covid-19

TAWAU CATAT KES KEMATIAN BAHARU, 10 POSITIF COVID-19, SEMPORNA 11 POSITIF

TAWAU; 01 OKTOBER 2020 (Khamis) : Dua kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan dalam negara semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 136 kes. Satu daripada kes kematian tersebut direkodkan di Tawau.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kes kematian yang direkodkan di Tawau merupakan ke-136 (iaitu kes ke-11,185) seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir.

Katanya, kes berkenaan telah meninggal dunia di rumah pada 26 September lepas dan dirujuk ke Unit Forensik Hospital Tawau dan saringan COVID-19 yang dijalankan mendapati kes tersebut Positif COVID-19.

Dalam pada itu, laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melaporkan sebanyak 35-kes baharu dikesan di negeri Sabah, 10 kes dikesan di Tawau membabitkan empat kes dikesan semasa saringan kontak untuk Kluster Benteng LD.

Selain itu, Tiga kes dikesan hasil saringan kontak keatas kes ke-1,128, manakala dua kes dikesan saringan bergejala dan satu kes dikesan semasa saringan kematian diluar hospital.

KKM turut melaporkan sebanyak 11 kes baharu Positif COVID-19 dikesan di Semporna membabitkan sembilan kes merupakan kontak dari Kluster Bangau-Bangau dan dua kes lagi dikesan semasa saringan bergejala.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6054