Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan Baharu Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Hari ini berlangsung mesyuarat kabinet pertama kerajaan negeri Sabah baharu yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

Turut kelihatan hadir di dalam gambar, ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerjaraya Sabah dan Datuk Masidi Manjun selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ironinya di dalam gambar itu, masing-masing Bung Moktar dan Masidi terkait kontroversi pertukaran portfolio beberapa jam selepas upacara angkat sumpah kelmarin.

Jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berikan kepada Bung Moktar sebelum itu, ditukar kepada Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, merangkap Menteri Kewangan 2

Kontroversi itu bagaimanapun selesai selepas semua pihak menerima perubahan itu – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2539