Covid-19: Sabah Catat 118 Kes Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA: Sabah mencatatkan 118 kes positif baharu daripada 260 keseluruhan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam sidang media menyatakan, daripada 260 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 259 adalah jangkitan tempatan dan hanya satu kes import.

Katanya, ini adalah kes kedua tertinggi sejak wabak Covid-19 melanda negara. Kes tertinggi pertama dilaporkan pada 4 Jun lalu dengan 277 kes.

Daripada jumlah itu, 98 kes dilaporkan di Kedah, Kuala Lumpur (14) dan Selangor (13).

Bagi jangkitan tempatan, 31 kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Sebanyak empat kluster baru dilaporkan hari ini iaitu Joo Hwa, Tawau (1); Bah Ketil, Langkawi (3); Selasih, Putrajaya (5) dan Jalan Meru, Klang (3).

Secara keseluruhan, sebanyak 11,484 kes dilaporkan di Malaysia dengan 10,014 kes pulih. Jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah 136 kes.

Daripada 1,334 kes aktif, 20 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *