SJR Dan Ujian Calitan COVID-19 Di Check Point Batu 32, Sandakan

SANDAKAN: Jawatankuasa Operasi Bencana Daerah Sandakan akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) dan saringan ujian calitan COVID-19 di Check Point Batu 32, Ulu Dusun yang merupakan pintu masuk ke daerah ini.

WONG
WONG

Pengerusinya yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin berkata, tindakan itu dijalankan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negeri ini.

“Bermula pada 30 September 2020, semua kenderaan dari zon merah yang membabitkan empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak adalah dilarang mask ke daerah Sandakan sehingga keadaan terkawal,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan yang membawa barangan keperluan ‘Essential Goods’ dikehendaki menjalani ujian calitan di pintu masuk daerah ini.

“SJR yang akan dilaksanakan oleh pihak polis dan pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dijalankan 24 jam,” katanya.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3666