Liew Vui Keong Dilapor Tidak Sedarkan Diri

Vui Keong dilaporkan mula tidak sihat di akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong sedang dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu dipercayai akibat radang paru-paru.

Menurut Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Jaujan Sambakong, beliau juga dilaporkan tidak sedarkan diri.

Jelasnya, setakat ini pelawat masih tidak dibenarkan untuk melawat beliau.Vui Keong dilaporkan mula tidak sihat di akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau merupakan pengarah jentera pilihan raya Warisan Plus.

Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Warisan dan juga bekas menteri undang-undang ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH). – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

10246