ADUN GRS Tiba Di Istana Negeri Sabah

Bung Moktar melambaikan tangan kepada petugas media sebaik tiba di pintu masuk Istana Negeri Sabah untuk Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu pagi ini.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mula kelihatan tiba di Istana Negeri Sabah seawal jam 9.30 pagi.

Ketibaan mereka di Istana Negeri Sabah adalah bagi menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri baharu yang dijangka bermula jam 10.30 pagi ini.

Antara yang kelihatan tiba adalah Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa ADUN lain.

Turut kelihatan tiba bagi menghadiri Istiadat itu adalah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sejurus selepas majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung, Hajiji dijangka mengadakan sidang akhbar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pagi ini.- SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *