Istana Negeri Sabah Masih Lengang

Suasana di Istana Negeri Sabah lengang setakat jam 8 pagi walaupun difahamkan upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini.

KOTA KINABALU: Sehingga jam 8 pagi hari ini, belum terdapat sebarang pergerakan masuk kenderaan orang kenamaan bagi menghadiri upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu.

Difahamkan majlis tersebut akan berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini, namun belum terdapat sebarang makluman siapa yang akan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

Wakil-wakil media bersedia di hadapan pintu masuk Istana Negeri Sabah pagi ini kerana difahamkan upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan berlangsung kira-kira jam 10 pagi ini.

Semalam, empat pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor; Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan hadir ke Istana Negeri untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bagaimanapun, menurut mereka keputusan diserahkan kepada Juhar untuk menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu.- SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2383