Hajiji Terima Watikah Pelantikan KM Sabah, Angkat Sumpah Esok

Watikah itu diserahkan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. – Jabatan Penerangan Malaysia


KOTA KINABALU:
 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.

Watikah itu diserahkan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

“Syukur alhamdulillah, Tuan Yang Terutama menjemput saya untuk memaklumkan saya akan pelantikan Ketua Menteri Sabah.“(Istiadat) mengangkat sumpah akan dilakukan jam 10 pagi, Selasa.

Selain itu, Tun Juhar juga bagi watikah pelantikan kepada saya,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji dipanggil menghadap Tun Juhar pada jam 4 petang.Pertemuan Hajiji dan Tun Juhar itu berlangsung selama satu jam.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, GRS yang dianggotai PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *