Hajiji Memasuki Istana Negeri

Hajiji memasuki Istana Negeri, jam 3.55 petang tadi. – Gambar NSTP

KOTA KINABALU: Kenderaan membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, memasuki pintu utama Istana Negeri, jam 3.55 petang tadi.

Hajiji memaklumkan dipanggil ke Istana, namun tidak mengetahui tujuannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai calon ketua menteri.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri dijadualkan jam 10.30 pagi esok di depan, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

503