Covid-19: Sabah Rekod 124 Kes Baharu Dan Satu Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 150 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, dengan 146 adalah kes tempatan manakala empat lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 124 kes dicatat di Sabah, 11 kes di Selangor, enam di Kuala Lumpur dan empat kes di Pahang.

Katanya, daripada 150 kes baharu, 146 adalah kes penularan tempatan manakala bakinya empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Ini menjadikan keseluruhan kes positif 10,919 setakat ini, manakala kes aktif pula sebanyak 950 kes.

“Satu kematian turut direkodkan di Sabah, menjadikan jumlah kematian kepada 134,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes kematian membabitkan warganegara berusia 81 tahun yang mula mengalami gejala demam dan batuk berkahak pada 14 September dan dibawa ke Hospital Semporna pada 17 September.

“Saringan COVID-19 didapati positif pada 22 September. Pada 26 September kes telahdipindahkan ke Hospital Tawau, Sabah.

“Keadaannya didapati merosot dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada hari yang sama.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 27 September jam 12.52 pagi,” katanya.

Sementara itu, katanya Sabah kekal tertinggi iaitu 124, Selangor 11 kes, Kuala Lumpur enam kes dan Pahang empat kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2764