Polis Sabah Nafi Sekatan Perjalanan Tawau, Lahad Datu

TAWAU, 8 Sept: Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes COVID-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.

“Belum lagi, akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini 

Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan COVID-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.

Tambah maklumat itu, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1833