Pemilik Pusat Hiburan Di Labuan Disaran Wujudkan SOP

Gambar Hiasan

LABUAN: Persatuan Pemilik-Pemilik Pusat Hiburan Labuan dinasihati mewujudkan prosedur operasi standard operasi (SOP) perniagaan masing-masing sekiranya operasi mereka disambung semula pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata SOP harus dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan.

“Saya memahami keadaan yang dihadapi oleh industri hiburan, memandangkan banyak industri telah dibenarkan untuk beroperasi semula.

“Nasihat saya agar mereka mewujudkan SOP yang akan diteliti oleh MKN dan sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekiranya pengendali pusat hiburan dapat memberi jaminan bahawa kepatuhan sepenuhnya berdasarkan kepada SOP yang diterima akan berlaku, Annuar berkata mereka mungkin akan dibenarkan beroperasi semula. 

“Pada asasnya, kerajaan mahu melihat semua sektor kembali normal tetapi pada masa yang sama, ia tidak boleh membiarkan keselamatan dan kesihatan rakyat terjejas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Labuan.

Beliau berkata pemain industri hiburan akan memahami dengan lebih baik terhadap apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan pada sepanjang tempoh pandemik COVID-19 apabila mereka menjalankan perniagaan.

“Walaupun di masjid, kita perlu mengawal, terutamanya kelab malam, dan kita tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk memeriksa setiap premis sama ada mereka mematuhi SOP atau sebaliknya.

“Yang terbaik…pihak industri memberi kita jaminan dan mewujudkan SOP, seterusnya menyerahkan cadangan kepada MKN dan Kementerian Kesihatan. Saya yakin mereka akan memberikan pertimbangan terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 29 pusat hiburan dan bar (termasuk pusat karaoke) di Labuan berisiko ditutup pada Oktober depan dengan pemilik mencatatkan kerugian sebanyak RM6 juta sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas.

Kerugian tersebut, sebahagiannya disebabkan oleh pembayaran gaji bulanan kakitangan, sewa bulanan premis perniagaan, bekalan elektrik, pembekal dan kos overhead sehingga menyebabkan kebimbangan terhadap masa depan industri hiburan tempatan yang suram.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

492