RON95, RON97 Turun 1 Sen, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 1 sen, manakala harga diesel kekal bermula tengah malam ini sehingga 11 September depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 turun daripada RM2.02 seliter kepada RM2.01 seliter.

Bagi RON95, harga turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.71 seliter.

Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM1.78seliter.

Kerajaan menetapkan harga runcit produk petroleum itu secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kenyataan itu, kerajaan juga akan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

247